Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan MPV yang dipandu mangsa remuk teruk di bahagian hadapan sebelah pemandu dan lori yang terlibat dalam kemalangan di KM 118 Jalan Sibu-Bintulu.

Lelaki maut, MPV bertembung lori di Lebuhraya Pan Borneo

MUKAH, 15 Feb: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 118, Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Sibu-Bintulu di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun terbabit sedang dalam perjalanan dari Selangau menuju ke Bintulu telah bertembung dengan kenderaan mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat impak kemalangan itu, mangsa didapati tersepit dan tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Muhamad Rizal memberitahu mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Tatau sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa, Chendang Umok, 47, katanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Perubatan Klinik Kesihatan Sungai Arip.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan