Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (tiga dari kanan) menunjukkan nanas yang sudah dituai sempena Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1)@(AC16) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak di sini hari ini. Foto TVS.

Nanas diberi perhatian dalam industri pertanian Sarawak

MIRI, 14 Feb: Nanas merupakan antara empat tanaman yang akan diberi perhatian oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, tiga lagi tanaman yang turut diberi fokus ialah pisang, kelapa dan durian.

Stephen Rundi hadir pada Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1)@(AC16) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak di sini hari ini. Foto TVS.

Katanya, Sarawak memiliki kelebihan melibatkan tanaman nanas iaitu keunikan nanas varieti Sarawak Gold (SG1) yang berpotensi tinggi.

“Berdasarkan keluasan tanah dimiliki Sarawak, nanas boleh ditanam dengan jumlah yang banyak memandangkan satu ekar sudah cukup untuk menanam sehingga 20, 000 anak pokok.

“Oleh itu, kita menumpukan empat tanaman yang telah saya bentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai fokus. Nanas merupakan tanaman kedua terpenting selepas durian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Varieti Nanas Sarawak Gold (SG1)@(AC16) anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak pada hari ini.

Menurutnya, SG1 secara rasminya telah didaftarkan pada 13 Disember 2022 oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan direkodkan sebagai salah satu dalam senarai daftar varieti tumbuhan kebangsaan dengan nombor pendaftaran AC16 dengan singkatan nama SG1.

Tambah beliau, melalui industri nanas, kementerian juga akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi terlibat bagi membentuk polisi dalam membantu menaik taraf kehidupan petani kecil yang tinggal di luar bandar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan