Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Joseph Kalang Tie berkata, dalam bola sepak tiada yang mustahil dan mengimpikan penamat terbaik musim ini dalam Liga Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS)

JKT impi bawa Kuching City ke Piala AFC musim depan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 14 Feb: Pemain berpengalaman skuad The Cat, Joseph Kalang Tie mengimpikan pasukannya mampu melakar kejutan pada musim pertama mereka di Liga Super.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, dia secara peribadi mahu membawa pasukannya beraksi pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2024.

Pemain yang dikenali sebagai JKT itu berkata, dalam bola sepak tiada yang mustahil.

“Harapan peribadi saya ialah supaya Kuching City FC dapat mara lebih jauh.

“Kalau ada rezeki, kita mahu ke Piala AFC kerana itu azam kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas aksi persahabatan pasukannya menentang Sri Pahang FC di Stadium Negeri Sarawak, petang semalam.

Baca artikel berkaitan > > > Kuching City FC buru lima terbaik Liga Super 2023

Bagaimanapun, Kuching City FC yang baharu kembali ke tanah air selepas mengharungi tiga aksi pra musim di Kemboja belum menunjukkan taring mereka apbila tumpas 0 -3 kepada skuad bimbingan Fendi Ahmad itu.

Kelmarin, Kuching City FC turut tewas tipis  0 -1 kepada lawan sama.

JKT yang berpengalaman luas dalam Liga Malaysia berkata, beliau berharap diberikan kesihatan yang baik untuk menghadapi Liga Super 2023 yang dijangka cukup sengit.

Mengikut syarat ditetapkan, pasukan yang ingin mengibarkan cabaran negara pada kempen Piala AFC perlu menamatkan kedudukan kedua terbaik Liga Super atau menjuarai Piala Malaysia.

Kuching City FC yang dibimbing jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim akan membuka kempen liga musim ini menentang Kelantan FC di tempat lawan pada 25 Februari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan