Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman (dua dari kanan) menerima cenderamata pada Program Mini Karnival Hari Radio Sedunia Limbangfm di perkarangan RTM Limbang semalam. Foto: TVS

Warga Limbang harap Bajet 2023 umum peruntukan kemudahan kesihatan

LIMBANG, 13 Feb: Pembentangan semula Bajet 2023 pada 24 Februari ini diharap akan turut mengumumkan peruntukan untuk membina bangunan baharu yang menempatkan perkhidmatan pakar kesihatan di sini.

Datuk Dr Abdul Rahman melepaskan peserta Fun Run pada Program Mini Karnival Hari Radio Sedunia Limbangfm semalam. Foto: TVS

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Limbang dijangka mempunyai lapan perkhidmatan kepakaran menjelang Jun tahun ini.

Sehubungan itu kata beliau, kawasan ini amat memerlukan kemudahan bangunan atau kompleks hospital pakar.

“Rakyat di sini sudah lama menunggu kerana mereka terpaksa dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir Program Mini Karnival Hari Radio Sedunia Limbangfm di perkarangan RTM Limbang di sini semalam.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berharap intipati Bajet 2023 ini nanti akan memberi sinar baharu kepada rakyat di utara Sarawak menerusi penyediaan peruntukan yang lebih besar.

“Saya berharap agar Limbang tidak ketinggalan dalam peruntukan yang bakal diumumkan.

“Ini termasuklah bagi meneruskan projek-projek yang telah pun diluluskan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Dr Abdul Rahman juga berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan pembinaan beberapa klinik kesihatan di Limbang kerana fasiliti tersebut amat penting untuk penduduk di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan