Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota polis dan jururawat terkorban selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Tun Sardon hari ini. Foto: Media sosial.

Polis, jururawat terbunuh nahas motosikal bertembung

BALIK PULAU, 13 Feb: Seorang anggota polis dan seorang jururawat terkorban selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Tun Sardon di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi tadi, Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, disahkan maut di tempat kejadian manakala Norlyana@Norsyazwani Roslan, 33, disahkan meninggal dunia di Hospital Balik Pulau (HBP) kira-kira pukul 10 pagi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika motosikal ditunggang anggota polis itu dalam perjalanan dari Relau menuju ke Balik Pulau dan sebuah lagi motosikal datang dari arah bertentangan.

Semasa sampai di tempat kejadian, kedua-dua buah motosikal dikatakan telah bertembung antara satu sama lain.

Berdasarkan siasatan polis, kejadian itu berlaku di jalan raya dua hala berselekoh dengan garisan berkembar di tengah selain keadaan cuaca hujan dan jalan basah.

Difahamkan, polis tersebut bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini dan jururawat berkenaan berkhidmat di Hospital Bertam, Kepala Batas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi pemberita mengesahkan kemalangan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan