Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Titah Diraja daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen. Foto: BERNAMA

Kerajaan Persekutuan ambil tindakan selesai MA63 – YDPA

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Kerajaan Persekutuan telah mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Baca artikel berkaitan di sini:

  1. 1. Agong zahir impian memandu di PAN Borneo, bertemu rakyat Sabah dan Sarawak
  2. 2. Agong titah usaha perkasa ekonomi di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat

Titah Al – Sultan Abdullah, ini melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak mengenai perlaksanaan MA63.

Seri Paduka bertitah tindakan segera berkenaan termasuk pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah, mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak sebagai Jabatan Teknik.

“Seterusnya menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak, adalah antara yang telah diputus dan dipersetujui oleh Kerajaan Beta,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian menerusiTitah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada masa sama, Baginda bertitah agar usaha untuk membangun dan memperkasa ekonomi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak akan terus digiatkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan