Search
Close this search box.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan Jelajah Menu Rahmah anjuran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, di sini hari ini. Foto TVS.

Kadar OPR dikekalkan bantu kos sara hidup rakyat

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi mengurangkan beban pemiutang yang turut terkesan berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 pagi tadi.

“Tuanku mengambil berat berkenaan dengan hal ini. Baginda juga sangat mengalu-alukan inisiatif Rahmah yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Pada masa sama, kerajaan juga mempunyai batas-batas tertentu untuk campur tangan dalam hal OPR dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) namun akan diusahakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jelajah Menu Rahmah anjuran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Fuziah Salleh.

Sementara itu, Salahuddin menambah, BNM juga akan memberi fokus kepada kepentingan untuk menilai semula kadar OPR supaya ia tidak memberikan bebanan kepada rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan