Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pekerja kilang maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Kandang. Foto: JBPM

Dua pekerja kilang maut dalam nahas tiga kenderaan

ByBernama

MELAKA, 13 Feb: Dua pekerja kilang maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Kandang, di sini hari ini

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 8.05 pagi itu, kedua-dua mangsa Noor Izwani Ali Mohd Nor, 35, dan Nur Aisah Djaapar, 36, yang menaiki kereta sama jenis Nissan Almera, dikatakan baru balik daripada berkerja di sebuah kilang di Batu Berendam.

Beliau berkata kemalangan itu turut melibatkan kereta jenis Toyota Altis dipandu Faharul Azley Azley, 43, yang merupakan anggota polis di bahagian pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan motosikal ditunggang Saifiudin Jasmi, 30, yang merupakan Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Melaka.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Noor Izwani, dari Kampung Sempang, Jasin, terbabas ke arah kanan bertentangan jalan sebelum melanggar kereta dinaiki Faharul Azley dan motosikal ditunggang Saifiudin.

“Akibat kemalangan itu, Noor Izwani dan Nur Aisah dari Serkam Darat, maut di tempat kemalangan, manakala Faharul Azley serta Saifiudin masing-masing cedera ringan dan patah kaki kanan dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan