Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Foto: Bernama

Agong titah usaha perkasa ekonomi di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, usaha membangun dan memperkasa ekonomi di seluruh negara perlu dipergiat.

Baca artikel berkaitan di sini:

  1. 1. Agong zahir impian memandu di PAN Borneo, bertemu rakyat Sabah dan Sarawak
  2. 2. Kerajaan Persekutuan ambil tindakan selesai MA63 -YDPA

Titah Seri Paduka, pembangunan infrastruktur Sabah dan Sarawak juga perlu menitik beratkan kualiti dan ekonomi rakyat.

“Infrastruktur berkualiti dan perhubungan akses luar bandar akan ditingkatkan menerusi pembinaan jalan luar bandar, jambatan, utiliti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik.

“Jurang pembangunan ekonomi semua kaum dan etnik termasuk Orang Asli akan terus ditangani bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan berdaya saing,” titah Al – Sultan Abdullah.

Baginda bertitah demikian dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini hari ini.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah pembangunan Kompleks Mahkamah di Sabah dan Sarawak juga wajar diberikan perhatian bagi memperkasa pentadbiran undang-undang.

Dalam pada itu, Seri Paduka bertitah kerajaan telah mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ini termasuk pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan Sabah, mengiktiraf Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak sebagai jabatan teknik serta menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan