Search
Close this search box.
Daeloniel Mcdelon Bong mengetuai kem tinju Sukma Sarawak memegang cek replika insentif yang disampaikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Faitullah Morni (TVS).

‘Kilat Boy’ siap siaga beraksi ke SEA Kemboja 2023

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 Feb: Petinju kebangsaan, Daeloniel Mcdelon Bong sedia beraksi sulung bersama skuad tinju negara untuk Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan membuka tirai, Mei ini.

Mcdelon yang terkenal dengan julukan ‘Kilat Boy’ itu optimis untuk meraih kejayaan di pentas asia meskipun mengakui agak sukar menyesuaikan diri dalam kategori berat baharu.

“Untuk kategori baharu iaitu 54 kilogram (kg) ketika ini saya sedang menyesuaikan diri sebab banyak perubahan pada fizikal saya, dari segi tenaga dan sebagainya,” kata Mcdelon.

Mcdelon sebelum ini beraksi dalam ketegori berat 58 kg telah menyahut seruan jurulatihnya untuk keluar dari zon selesa.

Menurut Delon, keputusan untuk bersetuju menggalas tanggungjawab baharu itu juga disebabkan faktor fizikal petinju antarabangsa yang dilihat lebih besar meskipun bermain dalam kategori berat yang sama.

Kilat Boy berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Sukma XX, MSN 2022, Sukan SEA 2021, Sukan Komanwel 2022 dan Sukan Para Asean 2022 di sini, pada Khamis.

Peninju kebangsaan kelahiran Sarawak itu pada Januari lalu telah berjaya menggondol pingat emas kategori 57 kg pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Pulau Pinang di Pesta Pulau Pinang.

Atlet kelahiran Sri Aman itu mula menceburi sukan tinju sembilan tahun lalu dan pernah memenangi pingat emas di Kejohanan Tinju Zon Borneo 2015, pingat emas di Kejohanan Tinju Profesional Jakarta 2016, pingat emas di Kejohanan Tinju Profesional Mayor Cup Johor 2018, pingat emas di Kejohanan Tinju Kebangsaan Piala Malaysia Edisi 2019-2021, dan pingat emas di Kejohanan Tinju Piala Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan