Search
Close this search box.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenaan menerima  menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammad Hasan, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, semalam. Foto: Facebook MINDEF

Malaysia-Brunei perkukuhkan komitmen kerjasama pertahanan – MINDEF

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenaan menerima  menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammad Hasan, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan sempena lawatan rasminya ke negara itu, semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), pertemuan adalah bagi membincangkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Brunei yang disifatkan sangat produktif merangkumi spektrum yang luas dalam bidang kerjasama dua hala.

Pada pertemuan tersebut, Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada Baginda untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.

Terdahulu, Mohamad mengadakan kunjungan dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Brunei Darussalam, Brig Jen (B) Datuk Seri Pahlawan Abdul Razak Abdul Kadir.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri berkenaan mengakui bahawa lawatan rasmi tersebut adalah bukti ikatan yang kukuh dan dinamik hubungan pertahanan antara kedua-dua negara.

Malaysia dan Brunei berkongsi hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan lawatan oleh Mohamad telah memberi peluang untuk mempertingkatkan perkongsian strategik, menurut kementerian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan