Search
Close this search box.
Lapan lelaki rakyat Sarawak berusia antara 25 hingga 35 tahun, menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar. Foto: TVS

Pengaturcara perisian rugi RM14,000, angkara tawaran kerja sambilan tidak wujud

SIBU, 5 Feb: Tindakan seorang lelaki yang sanggup membuat pembayaran ribuan ringgit untuk mendapatkan keuntungan lebih besar daripada komisen tawaran kerja tidak wujud akhirnya diperdaya sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan seorang pengaturcara syarikat perisian di sini mengalami kerugian RM14,000 angkara muslihat kerja sambilan tidak wujud tersebut.

Menurutnya, mangsa diberitahu bahawa syarikat itu mempunyai kekosongan kerja sambilan di bahagian pemasaran digital media dan mangsa ditawarkan komisen sebanyak 30 peratus bagi satu tugasan yang diberi.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa telah memasukkan wang ke dalam dua akaun melalui lima transaksi pemindahan wang sebanyak RM14,000 bagi melaksanakan tugasan.

“Namun mangsa mula menyedari telah diperdaya apabila tiada sebarang komisen diterima daripada syarikat yang menawarkan kerja kepadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa tampil membuat laporan polis pada 2 Februari lalu meminta kes disiasat.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dahulu bagi setiap tawaran kerja yang ditawarkan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan, ” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan