Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng ditemui TVS semasa Konsert Sambutan Chap Goh Mei pada malam Sabtu. Foto: TVS

MBKS komited jadikan Kuching bandaraya lebih baik

KUCHING, 5 Feb: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) komited dalam meneruskan usaha menjadikan bandaraya Kuching bandar yang lebih baik.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, pihaknya akan menjalankan pelbagai inisiatif dan usaha untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada demi kesejahteraan masyarakat di sekitar bandar tersebut.

“Saya rasa pada masa ini seperti apa yang saya ceritakan semasa siaran langsung hari ini adalah satu isu yang sedang saya teliti iaitu isu kesesakan lalu lintas. Jadi itu perkara yang akan kami bawa ke hadapan seperti pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan sebagainya. Beri kami sedikit masa untuk menyelesaikannya. Kami sedang mencuba apa sahaja perkara yang kami dapat bagi membantu komuniti keseluruhan di kawasan kami.

“Saya juga merayu jika ada yang memerlukan perkhidmatan kami atau seumpamanya, beritahu kami kerana saya rasa kami telah membuka apa sahaja cara yang anda boleh untuk menghubungi kami. Jadi, kami boleh menghulurkan bantuan,” katanya kepada media semasa Konsert Sambutan Chap Goh Mei semalam.

Tambah beliau lagi, satu perjumpaan akan diadakan dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, selain beberapa penguatkuasa yang lain untuk bekerjasama bagi merealisasikan matlamat dalam menjadikan Kuching bandar yang lebih baik.

“Jadi, sebab itu menjelang Mac saya akan mengadakan perjumpaan dengan SEB. Minggu depan, saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Saya percaya bahawa dengan perjumpaan itu, kita boleh menjalankan kerjasama bagi merealisasikan matlamat dalam menjadikan Kuching bandar yang lebih baik.

“Sudah tentu banyak kebimbangan termasuklah tentang kebersihan tandas. Kita telah pun pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) untuk memeriksa tandas dan sebagainya. Jadi apabila kami mendapat semua ini, kami akan mengedarkan kerja kepada kaunselor untuk disusuli dengan tindakan lanjut. Jadi, saya rasa ini yang akan kita lakukan untuk sepanjang tahun 2023 ini,” katanya lagi.

Jelas beliau, ia adalah menjadi tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk berkhidmat dan memberi yang terbaik kepada masyarakat.

“Lebih banyak tindakan, maka lebih sedikit kritikan yang membuktikan kita boleh membuat perkara lebih mudah untuk keselesaan orang ramai. Apabila kita datang untuk berkhidmat, berkhidmat dengan ikhlas tanpa ada agenda lain kerana sebab itu rakyat memilih kami. Masyarakat meletakkan kami dalam kedudukan itu, jadi kami menggunakan kedudukan kami untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik,” katanya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan