Search
Close this search box.
Antara karya dihasilkan oleh Badrolhisham Mohammad Tahir, artis dari Sarawak pada pameran Sak' Art di Galeri FSGK Unimas.

Sarawak, potensi jadi hab kepada artis seni di Borneo

ByMadeline Dugat

KUCHING, 3 Feb: Sarawak berpotensi menjadi hab kepada artis kelahiran Borneo melebarkan sayap dalam usaha mengangkat seni visual di negeri ini.

Pensyarah Program Pengurusan Seni Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Badrolhisham Mohammad Tahir, berharap pihak berkaitan akan memberi perhatian khusus terhadap bakat anak seni terutamanya dari Sarawak untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

“Selama ini, ramai artis seni Sarawak dan Sabah berkecimpung di Semenanjung Malaysia untuk menaikkan karier mereka di sana”.

“Saya rasa, Sarawak juga tidak kurangnya artis seni yang berbakat dalam bidang seni halus, ratusan malah ribuan lepasan graduan telah dilahirkan dari Fakulti Seni dan Gunaan Kreatif (FSGK) UNIMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Pameran Sak’ Art yang telah berlangsung di Galeri Fakulti FSGK Unimas, baru-baru ini.

Beliau yang juga salah seorang artis terlibat dengan pameran tersebut mendedahkan kekurangan fasaliti antara faktor merencatkan perkembangan bakat golongan kreatif di sini.

“Saya rasa amat malang jika Sarawak tidak mempunyai fasiliti yang mencukupi”.

“Walaupun (pameran) ini kecil tetapi mempunyai impak yang sangat besar di peringkat negeri bahkan sudah tiba masanya Sarawak ‘mengetuai’ Borneo menerusi penganjuran festival kesenian borneo,” cadangnya.

Justeru itu, beliau berharap kerajaan dapat menyediakan satu platform seperto menubuhkan sebuah pusat untuk penggiat seni berkarya seperti Balai Seni Lukis Negara di Kuala Lumpur.

Terdahulu, beliau memberitahu Pameran Sak’Art dianjurkan oleh pelajar Tahun 2 Program Pengurusan Seni yang merupakan festival tahunan fakulti sejak 2018 melibatkan penyertaan pelbagai artis seni di seluruh dunia.

“Pameran ini dianjurkan sempena FACA FEST 2023 yang berlangsung dari 27 Januari hingga 10 Februari 2023 di Galeri FSGK UNIMAS,” ujarnya.

Tambahnya, pameran tersebut berjaya menghimpunkan seramai  34 pelukis dari Sak’Art Kalimantan Barat dan Sarawak dengan kerjasama Galeri Saradise -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan