Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Latihan yang dijalankan bersama anak-anak istimewa PDK Sri Satok. Foto: TVS.

PDK Sri Satok latih anak-anak istimewa jana pendapatan

KUCHING, 3 Feb: Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sri Satok giat mempertingkatkan taraf hidup anak-anak istimewa dengan menyediakan latihan khusus agar golongan kurang upaya (OKU) di sini boleh hidup berdikari termasuk menjana pendapatan sendiri.

Penyelianya, Muhammad Ameer Idzat berkata PDK berkenaan telah memberi latihan dalam beberapa program khusus merangkumi bidang sukan, seni dan kraf tangan.

“Tujuan program ini menyediakan dan memberi latihan kepada anak-anak istimewa di komuniti setempat agar mereka boleh hidup berdikari”.

“Program seperti ini dijalankan di setiap bahagian kerana banyak anak-anak istimewa menyertai PDK,” katanya kepada TVS hari ini.

Tambahnya, program kraf tangan merupakan satu inisiatif daripada pusat tersebut untuk membantu para pelatih belajar menjana pendapatan.

Foto: TVS.

“Hasil tangan mereka akan dijual menerusi jualan kraf tangan sebagai galakan agar mereka di sini bersemangat untuk menyertai latihan,” ujarnya sambil mengakui kesabaran yang tinggi amat diperlukan dalam mengasuh anak-anak istimewa.- TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found