Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba sedang melakukan pemantauan di lokasi banjir. Foto: BBP Bintangor

Banjir, sebuah PPRT dinaiki air sejak Ahad

JULAU, 3 Feb : Sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jalan Entabai di sini dinaiki air sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun tiada pemindahan dilakukan setakat ini, susulan mangsa telah memindahkan barang-barang dari kediaman mereka ke rumah saudara mara yang berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba, Nicholas Belulin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.27 pagi tadi.

Hasil tinjauan katanya, bomba mendapati kediaman mangsa masih ditenggelami air setinggi satu meter.

Foto: BBP Bintangor

“Kejadian ini berpunca daripada takungan air dan hujan lebat sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nicholas, empat orang penghuni rumah berkenaan yang masing-masing berusia lima hingga 43 tahun itu tidak berpindah selepas memindahkan barangan milik mereka ke rumah yang berhampiran.

Namun menurutnya pihak Bomba menasihatkan mangsa agar sentiasa berwaspada dan segera berpindah jika keadaan bertambah buruk.

“Ketika pemantauan, keadaan cuaca mendung dan paras air banjir masih mendatar,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan