Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan jalan Bawang Obor berhampiran Kampung Ulu Tubai yang runtuh dan berbahaya kepada penduduk. Foto: TVS

Tujuh rumah panjang terjejas susulan kejadian tanah runtuh, perlu tindakan segera

LIMBANG, 1 Feb: Kira-kira tujuh buah rumah panjang di sini terjejas susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Bawang Obor berhampiran Ulu Tubai di sini yang berlaku sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, kejadian tanah runtuh itu semakin teruk susulan hujan lebat yang berlaku beberapa hari lalu sehingga sebahagian jalan susur dan tidak dapat dilalui kenderaan.

Tuai Rumah Lubok Pasu, Entabang Kuling berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku sejak lebih sebulan lalu dan banyak aduan sudah diajukan kepada agensi berkaitan dan pihak kontraktor yang menyelenggara jalan berkenaan.

Keadaan jalan Bawang Obor berhampiran Kampung Ulu Tubai yang runtuh dan berbahaya kepada penduduk. Foto: TVS

“Penduduk yang bergantung kepada laluan berkenaan setiap hari menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera agar kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan ini tidak semakin teruk dan menjejaskan kehidupan penduduk di sekitar kawasan berkenaan,” katanya kepada TVS hari ini.

Tuai rumah Entabang memberitahu kejadian itu turut menyebabkan sebuah kenderaan Hilux yang membawa muatan simen dalam perjalanan ke Ulu Tubai mengalami kemalangan pada Isnin lepas.

“Nasib baik pemandu terbabit selamat dan tidak mengalami kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri,” katanya lagi.

Tuai Rumah Kampung Ulu Tubai, Usop Seran berkata, kejadian tanah runtuh menyebabkan penduduk tidak lena tidur kerana bimbang terhadap keselamatan mereka sekiranya insiden tanah runtuh berlaku lagi pada bila-bila masa terutama ketika melalui jalan terbabit.

“Kami minta agar jalan yang runtuh itu dapat dibaiki segera pihak berkaitan demi kemudahan dan keselamatan penduduk.

“Kemudahan jalan ini merupakan laluan utama penduduk untuk ke bandar Limbang mahupun ke kawasan berhampiran, selain jalan utama menghubungkan Gunung Buda dan akses ke Gunung Mulu di Miri,” katanya lagi.

Residen Limbang, Yunus Tambi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jawatankuasa Bencana sudah diarahkan untuk mengambil tindakan berkaitan dan segera terhadap insiden tanah runtuh berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan