Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan penyampaian Cek Bantuan Dana Sekolah-Sekolah Mubaligh bagi tahun 2022 untuk Bahagian Kapit, di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah

Sarawak akan bangunkan Bandar Kapit kedua – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KAPIT, 2 Feb: Kerajaan Sarawak akan membangunkan Bandar Kapit Baharu (Kapit Extension) bagi memenuhi keperluan penduduk ekoran pembangunan pesat di sini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pelan pembangunan bandar baharu itu yang membabitkan pembesaran tanah sudah siap.

Kata beliau, bandar baharu itu akan disambung dengan Bandar Kapit.

“Pembangunan di Bandar Kapit sudah begitu pesat hingga berlaku kesesakan lalu lintas di sini.

“Berdasarkan pelan itu juga, Bandar Kapit baharu yang dirancang itu juga berhampiran jalan utama ke Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri, di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit, hari ini.

Turut hadir, tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mengulas lanjut mengenai kepesatan pembangunan di Kapit, Abang Johari berkata, kawasan sekitar termasuk Song juga menerima tempias pembangunan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan