Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing (tengah) mengadakan lawatan dan tinjauan di kawasan Meradong semalam. Foto: UKAS

RM380,000 naik taraf prasarana sekolah di Meradong

BINTANGOR, 1 Feb: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar berjumlah RM380,000 untuk menaik taraf prasarana tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek terbabit ialah naik taraf prasarana SK Bukit Nibong bernilai RM200,000, gelanggang berbumbung SJKC Su Tak berjumlah RM100,000 dan stadium SMK Kai Chung RM80,000.

Ujarnya, kesemua pelaksanaan projek berkenaan akan diseliakan oleh Jabatan Kerja Raya Bahagian (JKR) Sarikei.

“Saya berharap semua pihak memberikan kerjasama supaya projek ini berjalan lancar dan dapat siap mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya ketika mengadakan sesi lawatan dan tinjauan di tapak projek, semalam.

Beliau menegaskan, walaupun kejayaan pelajar amat bergantung kepada dedikasi para guru, infrastruktur yang baik juga penting untuk persekitaran berkualiti.

Malah ujarnya, ia merupakan sebahagian asas kepada pembangunan modal insan seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelek warga sekolah.

“Usaha ini merupakan sebahagian komitmen kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan anak muda Meradong. Ini juga selaras dengan impian kita untuk melahirkan modal insan yang lebih cemerlang pada masa depan,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan