Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu yang dirampas pihaknya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas hari ini. Foto: TVS

Polis rampas syabu dalam pek teh Cina bernilai RM1.5 juta

KEPALA BATAS, 1 Feb: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah sintetik selepas menahan tujuh lelaki dan merampas lebih 41.8 kilogram (kg) syabu bernilai RM1.5 juta menerusi dua serbuan di sini pada Sabtu dan Ahad lalu.

Lima daripada suspek yang bekerja sebagai mekanik, pemandu lori dan penganggur berusia 26 hingga 54 tahun itu didapati mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu adik beradik dan bapa saudara.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain (dua dari kanan) menunjukkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang disita pihaknya daripada satu sindiket pengedaran dadah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas hari ini. Foto: TVS

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, operasi terbabit bermula apabila pihaknya menyerbu sebuah rumah di Pokok Sena di sini kira-kira pukul 8.45 malam.

Pada operasi terbabit katanya, lima individu yang mempunyai pertalian kekeluargaan telah ditahan bersama sejumlah dadah disyaki syabu bernilai RM412,112.

“Sebanyak 11 bungkusan plastik berwana kehijauan bertulis teh Cina dan dua peket mengandungi ketulan dan serbuk dadah syabu seberat 11.4 kg ditemui di dalam rumah tersebut.

“Seterusnya pada keesokan harinya, polis menyerbu sebuah kiosk (perniagaan) di Bandar Bertam Perdana dan menahan dua individu selain merampas 30 bungkusan plastik sama mengandungi syabu seberat lebih 30.3 kg bernilai RM1.09 juta di dalam kereta jenis Perodua Myvi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini. 

Tambah beliau, siasatan mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak pertengahan tahun lalu dan menyasarkan bagi pasaran tempatan.

“Siasatan mendapati lima suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan lima daripada mereka positif dadah.

“Kita percaya suspek memperoleh bekalan dadah tersebut dari luar negara,” katanya lagi.

Beliau berkata, polis turut menyita empat buah kenderaan iaitu Perodua Myvi, Toyota Alphard, Toyota Vios dan Ford Ranger barnilai RM470,000 bersama wang tunai RM1,000 bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat depan bagi siasatan lanjut mengkut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan