Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas. Foto: Bernama

Penganggur dituduh bunuh wanita warga emas

ByBernama

JASIN, 1 Feb: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga emas.

Peter David, 20, dituduh membunuh Misah Md Amin, 91, di KM16, Kampung Pulai Darat, Merlimau di sini pada jam 1.30 pagi, 20 Januari lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna merah mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 Mac untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas yang tinggal seorang diri ditemukan maut dalam keadaan terbaring di bahagian dapur dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pulai Darat, 20 Januari lepas.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan