Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing (dua, kiri) memeriksa kawalan kehormatan pasukan polis sempena lawatan beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.Foto Bernama.

MOTAC beri amaran ambil tindakan tegas

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 1 Feb: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen jika agensi pelancongan didapati menyalahi peraturan.

Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, setakat ini siasatan telah dilakukan oleh pihaknya berhubung dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan yang memborong tiket penerbangan.

Kata King Sing, beliau telah meminta Timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dengan mengadakan pertemuan bersama ejen-ejen pelancongan.

“Semalam, beliau selesai menjalankan siasatan namun saya belum berkesempatan bertemunya untuk mendapatkan maklumat lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

King Sing turut memaklumkan, kenyataan lanjut akan dimaklumkan esok sekiranya beliau mendapat maklumat lengkap.

Laporan media sebelum ini mendakwa beberapa syarikat umrah tempatan dipercayai terlibat memborong tiket penerbangan ke Tanah Suci.

Mereka kemudian menjual semula kepada agensi umrah di Indonesia bagi mengaut keuntungan besar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan