Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hanyut sejauh 15 meter di dalam longkang di Taman Sejati Indah, Sungai Petani hari ini. Foto: JBPM Kedah

Budak lelaki nyaris lemas hanyut 15 meter dalam longkang

SUNGAI PETANI, 2 Feb: Seorang budak lelaki berusia enam tahun nyaris lemas selepas dihanyutkan arus deras di dalam sebuah longkang di Taman Sejati Indah di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 5.17 petang yang memaklumkan kejadian seorang kanak-kanak telah terjatuh ke dalam longkang ketika hujan lebat.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah dibawa arus ke dalam kolam takungan air.

Pasukan bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hanyut sejauh 15 meter di dalam longkang di Taman Sejati Indah, Sungai Petani hari ini. Foto: JBPM Kedah

“Anggota bomba membuat kerja-kerja pencarian dan menemui mangsa dalam keadaan selamat pada pukul 5.37 petang di tebing kolam takungan.

“Dia ditemui kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dilaporkan jatuh dan telah dibawa ke tempat selamat sebelum menerima rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya kepada pemberita semalam.

Ujar beliau, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.02 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan