Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bermesra bersama-sama pelatih di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Taman Anggerik, Serian. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Bayaran RM300 juta kepada Sarawak adil, namun perbincangan berterusan

BySalasiah Safian

SERIAN, 1 Feb: Geran tahunan RM300 juta yang akan diberikan kepada Kerajaan Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan dilihat sebagai munasabah, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) berkata, ‘bayaran interim’ itu merupakan permulaan yang baik walaupun ia tidak berdasarkan kepada formula yang disyorkan oleh Sarawak.

Kata Sharifah Hasidah, beliau berpandangan ia merupakan bayaran interim yang telah dibincangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Saya rasa semuanya berjalan lancar dan kita akan meneruskan dengan perbincangan yang lebih lanjut mengenai hak-hak Sarawak yang perlu dikembalikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan SABERKAS Prihatin Khas bersempena Sambutan Jubli Emas Saberkas di sini hari ini.

Tambahnya, perkara ini tidak selesai sepenuhnya kerana ia merupakan satu proses perbincangan yang berterusan dan setakat ini Sarawak menerima maklum balas positif dari Kerajaan Persekutuan.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fadillah kerana berbesar hati memberi apa yang Sarawak perjuangkan selama ini,” ujarnya.

Pada 20 Januari yang lalu, Anwar mengumumkan jumlah pemberian khas kepada Sarawak mengikut perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dinaikkan kepada RM300 juta setahun berbanding RM16 juta sebelum ini.

Beliau menegaskan jumlah berkenaan boleh berubah-ubah kerana ia ditentukan berdasarkan formula dan beberapa faktor.

Anwar turut menegaskan, pemberian khas itu bukan bermaksud mahu mengenepikan keperluan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sebaliknya ia merupakan tuntutan yang perlu dilunaskan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan