Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati daripada Pengurus Bintulu Port Holdings, Datuk Abdul Mutalib Alias di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Pelabuhan Samalaju, di Bintulu. Foto: Fiqri Razak (TVS)

SIPSB peroleh hasil operasi memberangsangkan berjumlah RM164.6 juta tahun lalu

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 31 Jan: Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB) mencapai hasil operasi memberangsangkan iaitu berjumlah RM164.6 juta dengan daya pengeluaran kargo sebanyak 6.6 juta tan pada tahun lalu.

Berucap di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Pelabuhan Samalaju di Bintulu di sini, malam tadi, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan kepada syarikat tersebut kerana berjaya membina, mengurus dan mengendalikan pelabuhan itu terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada industri di Zon Perindustrian Samalaju.

“SIPSB beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2017, kita jangkakan pelabuhan ini akan mengendalikan lebih 10 juta tan kargo menjelang 2030 seiring dengan pertumbuhan stabil industri berat di Samalaju.

“Jumlah kos bagi pembangunan pelabuhan tersebut ialah RM1.71 bilion termasuk pengorekan saluran pelayaran dan pemecah ombak, “ katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SIPSB dan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Ocikumho Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Hadir sama pada majlis itu ialah  isteri beliau Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Pengurus Bintulu Port Holdings, Datuk Abdul Mutalib Alias. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan