Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak, Dirwana Azool dan jemputan lain, bersama kanak-kanak yang diraikan di Majlis Konvokesyen dan Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei. Foto: TVS

Murid Tabika Perpaduan Sarikei diraikan

SARIKEI, 31 Jan: Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak yang diraikan di Majlis Konvokesyen dan Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Bahagian Sarikei, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak, Dirwana Azool berkata, program bertujuan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang bakal menamatkan pengajian mereka di Tabika.

“Kita bersyukur menjayakan semula program ini selepas tertangguh selama dua tahun akibat penularan wabak COVID-19. Yang paling menggembirakan kita mendapat sokongan Kementerian Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak yang dipimpin oleh Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Sehubungan itu, kita melaksanakannya di seluruh Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada seramai 88 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan Sarikei.

Pada masa yang sama, beliau juga menzahirkan perasaan kagum dengan penglibatan semua pihak terutama ibu bapa dan guru yang turut sama membantu menjayakan program berkenaan.

Penyertaan proaktif ibu bapa ujarnya, bukan sahaja menjadikan majlis lebih bermakna tetapi juga mampu menyuntik semangat serta motivasi kepada anak masing-masing.

“Kita gembira melihat sokongan padu ibu bapa yang turut sama–sama membantu menjayakan program ini. Mereka memberikan komitmen 100 peratus malah, ada yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit,” ujarnya.

Program diserikan lagi dengan persembahan menarik murid tahun empat hingga enam yang menyertai pertandingan pintar kreatif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan