Search
Close this search box.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang warga emas di pekan Asajaya, hari ini. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi

KUCHING, 30 Jan: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang ekoran kabelnya tersangkut dan diheret sebuah lori simen di pekan Asajaya dekat sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.15 petang dan mangsa, Thian Joon Jee, 74, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah lori telah terlekat kabel telekomunikasi dan mengheret kabel tersebut beberapa meter dari lokasi asal sehingga menyebabkan beberapa tiang tumbang di tengah jalan. 

“Dipercayai satu daripada tiang itu telah dilanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya pasukan bomba bertindak memotong kabel yang menghalang laluan kenderaan dan tiang telah dialihkan selepas mendapat kebenaran pegawai Telekom Malaysia yang berada di lokasi kejadian.

Jurucakap memaklumkan operasi dan kerja pembersihan berakhir pada 4.32 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan