Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: BERNAMA

Kes baharu COVID-19 di Sarawak terus menurun pada Minggu Epidemiologi keempat

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 30 Jan: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak menurun pada Minggu Epidemiologi keempat (2023) iaitu 89 kes berbanding minggu ketiga sebanyak 110 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 324,286 kes.

Jumlah kes baharu COVID-19 dalam kategori satu dan dua sebanyak 83 kes manakala dalam kategori tiga empat dan lima sebanyak enam kes baharu.

Daerah Kuching merupakan daerah yang menjadi penyumbang utama kes baharu iaitu 35 kes diikuti Sibu (10), Miri (11), Bintulu (5) dan Samarahan tiga kes.

Tiada kematian direkodkan pada tempoh berkenaan – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan