Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menghadiri sesi taklimat bersama delegasi Sarawak di Singapura sempena lawatan rasmi Perdana Menteri esok. Turut kelihatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Abang Johari tiba di Singapura, hadiri sesi taklimat

ByFirdaus Ismail

SINGAPURA, 29 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini menghadiri sesi taklimat bersama delegasi Sarawak di Singapura.

Turut serta dalam sesi yang bermula pada pukul 9 malam tadi ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Difahamkan perbincangan secara tertutup itu akan memperhalusi beberapa cadangan kerjasama melibatkan Sarawak dengan Singapura.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi (kiri) turut memberi taklimat kepada Premier Sarawak berhubung beberapa perkara melibatkan kementeriannya. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Terdahulu Abang Johari tiba di sini petang tadi bagi menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula esok.

Turut menyertai delegasi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Menteri Besar Johor, turut mengiringi Perdana Menteri.

Sementara itu, esok Abang Johari akan menghadiri Mesyuarat Pra Majlis bersama Perdana Menteri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Singapura dan menyertai delegasi Malaysia mengadakan kunjung hormat bertemu Presiden Singapura, Halimah Yacob di Istana Presiden.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan