Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan ketika berucap dalam Perhimpunan Khas pada Jumaat. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS).

Sarawak cadang bina empangan hidro Trusan, bekal tenaga ke Brunei

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Jan: Sarawak bercadang untuk membina satu lagi empangan hidro elektrik sebagai inisiatif membantu keperluan tenaga negara jiran, Brunei Darussalam.

Inisiatif itu kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara perkara yang dibincangkan mengenai kerjasama dua hala Malaysia dan Brunei ketika lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bandar Seri Begawan baru-baru ini.

Beliau mengakui walaupun negara terbabit tidak mengalami kekurangan tenaga namun begitu Sarawak menawarkan bantuan membekalkan sumber kepada Brunei ekoran Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menandatangani Perjanjian Paris yang mewajibkan setiap negara menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus sumber tenaga yang diperbaharui.

“Sarawak bersedia membekalkan sumber tenaga diperbaharui kepada Brunei untuk memenuhi komitmen mematuhi perjanjian tersebut.”

“Lebih 70 peratus kapasiti yang digunakan adalah daripada tenaga diperbaharui yang dijana dari empangan hidro di Sarawak.”

“Jika Brunei memerlukan sumber tenaga tersebut, kita (Sarawak) sedia membantu untuk pembinaan empangan hidro di Trusan, Lawas,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Khas Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Pelancaran Sambutan Perayaan Jubli Emas PUSAKA di Wisma Sumber Alam pada Jumaat.

Beliau memberitahu agensi bertanggungjawab sudah menjalankan kajian teknikal bagi projek membina empangan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu Brunei juga pernah menyatakan minat untuk mendapatkan ekuiti dan bekerjasama untuk pembangunan empangan hidro tersebut.

“Kita telah melakukan kajian teknikal dan kebolehlaksanaan juga sudah dijalankan dan sekiranya Brunei masih lagi berminat, maka kita terbuka untuk melaksanakannya,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan