Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: kenishirotie/Envato

Pembinaan tiang bendera tertinggi negara dibiayai swasta – Pejabat Premier Sarawak

ByNurul Amarlina

KUCHING, 28 Jan: Pejabat Premier Sarawak hari ini menjelaskan bahawa projek pembinaan tiang bendera yang dikatakan tertinggi di negara ini akan dibiayai sektor swasta sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Ia akan dibina sempena ulang tahun ke-60 pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Projek tersebut termasuk pembangunan tapak yang ditetapkan termasuk kawasan sekitarnya dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” jelas Pejabat Premier Sarawak menerusi kenyataan kepada media.

Kenyataan itu adalah susulan laporan media pada Jumaat yang menyatakan kerajaan Sarawak akan membina tiang bendera tertinggi negara di kawasan sekitar Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching.

Pejabat Premier Sarawak berkata lagi, projek berkenaan akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan di bandar raya ini.

“Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua rakyat Sarawak untuk berkhidmat kepada Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan