Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merakam kenangan bersama pegawai IPK hari ini

Balai Polis uzur di Sarawak, Sabah akan dinaik taraf – TPM

ByAdlina Rahman

KUCHING, 28 Jan: Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) untuk menambah baik keadaan fizikal serta kemudahan balai polis di seluruh negeri menerusi dana Timbalan Perdana Menteri.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bahawa inisiatif berkenaan merupakan tanggungjawab kerajaan walau bagaimanapun beliau tidak mendedahkan jumlah keseluruhan yang akan disalurkan nanti.

Memetik contoh, Fadillah mendedahkan dianggarkan kira-kira RM500,000 diperlukan oleh sembilan balai polis dan kuaters di sekitar bandar raya ini.

Beliau bersetuju dan optimis menyediakan kemudahan asas yang baik tersebut bagi berlaku adil kepada anggota keselamatan yang memberikan khidmat terbaik kepada negara selama ini.

“Mereka memberi khidmat yang terbaik tetapi janganlah kita tidak berlaku adil kepada mereka sehinggakan tiada keperluan asas diberikan dan ini juga saya kira apa yang ditumpukan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberi keadilan dan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat kita, apatah lagi anggota keselamatan yang berkhidmat begitu baik menjaga keslamatan dan kesejahteraan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan rasminya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa kerajaan akan memberi fokus terhadap keperluan menambah baik kemudahan melibatkan badan beruniform di Sabah dan Sarawak ekoran Ahli Parlimen Petrajaya itu telah diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meninjau keadaan pembangunan di kedua-dua negeri khususnya di kawasan luar bandar.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melihat apa perancangan dan cadangan menaik taraf balaik-balai polis di luar bandar Sabah dan Sarawak khusunya tiga balai di negeri ini yang kini dalam keadaan daif,” tegasnya.

Menjelas lanjut menurut Fadillah tiga balai kategori daif serta perlu diberi perhatian segera ialah Balai Polis Song, Balai Polis Matu Daro dan Balai Polis Julau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan