Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sesi kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS).

Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Sarawak komited perkasa sektor pendidikan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 27 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) terus mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam memperkasa sektor pendidikan dari pelbagai aspek di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata beberapa perkara telah dibincangkan antara Kementeriannya dan juga Kerajaan Sarawak dalam kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

“Isu pendidikan di Sarawak merupakan fokus perbincangan saya dengan Premier Sarawak dan kita akan bekerja keras (mencapai matlamat) dengan menyambut baik pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) khususnya dalam sektor pendidikan,” katanya pada sidang media selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Menurutnya lagi, usaha menambah baik kemudahan sekolah yang usang juga diutamakan kementeriannya agar para pelajar dan guru dapat belajar dan mengajar dalam suasana lebih selesa.

Sebelum ini, Fadhlina berkata antara perkara yang menjadi tumpuan utama Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari depan adalah usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak.

Jelasnya, kementeriannya telah mengenal pasti 455 sekolah daif dalam skala enam, manakala 113 lagi sekolah daif dalam skala tujuh. 

Skala enam dan tujuh dalam penilaian infrastruktur sekolah adalah merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan.

Dalam sidang media itu juga, Fadhlina memaklumkan KPM juga bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Bahas Piala Premier dengan kerjasama KPM Negeri Sarawak sebagai usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan