Search
Close this search box.

Sarawak mampu jadi hab pelbagai bidang menerusi kerjasama dengan Brunei

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 Jan: Sarawak mampu menjadi hab dalam pelbagai bidang menerusi kerjasama strategik dengan Brunei.

Ketua Strategi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr Evan Lau berkata, kerjasama itu termasuk dalam isu persempadanan, pelancongan, pertanian dan pendidikan.

Ujar beliau, tidak mustahil juga bagi Sarawak dan Brunei untuk meneroka kerjasama dalam industri baharu.

“Sarawak dan Brunei berada dalam kepulauan yang sama, ini bermakna kerjasama itu amat penting untuk meningkatkan kemampuan bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada Brunei secara keseluruhannya,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Ketua Strategi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,UNIMAS, Profesor Madya Dr Evan Lau. Foto: Dr Evan Lau

Evan berkata demikian sebagai mengulas perkembangan membabitkan hubungan di antara Sarawak dengan Brunei susulan lawatan rasmi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke negara berkenaan yang berakhir semalam.

Abang Johari turut menghadiri Mesyuarat Pra Majlis sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu.

Kerajaan Sarawak juga turut komited untuk mengukuhkan kerjasama dengan Brunei dalam pelbagai sektor yang memanfaatkan kedua – dua pihak.

Sementara itu Evan berkata, beliau berpendapat kerjasama strategik Sarawak juga boleh dimeterai dengan Indonesia yang mana wilayah Kalimantannya bersempadan dengan negeri ini.

“Bagaimanapun buat masa ini permulaan (hubungan strategik) diperkukuhkan dengan Brunei terlebih dahulu dan diperluaskan pada masa hadapan,” katanya.

Jelasnya lagi, kerjasama ini akan memberi manfaat besar kepada Sarawak selain menjadi pengantara Malaysia kepada Brunei dan Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan