Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SAR mencari seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas bot karam di Pasir Panjang di sini akan disambung pagi esok. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Lelaki dikhuatiri hilang bot karam di perairan Pasir Panjang

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Jan: Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas bot kecil yang dinaikinya dilaporkan karam di kawasan perairan berhampiran Pasir Panjang – Sedungus di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, laporan kejadian itu dibuat oleh seorang wanita pada pukul 8.52 pagi selepas melihat kejadian itu.

Kata beliau, berdasarkan laporan pengadu, dia mendakwa melihat seorang lelaki berbaju hitam menaiki bot kecil melalui kawasan itu sebelum hilang dari pandangannya.

“Pengadu mengesyaki bot itu karam.

“Susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Operasi SAR turut melibatkan pemantauan udara dengan menggunakan dron. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sementara itu operasi SAR turut melibatkan pemantauan udara dengan menggunakan dron sekitar pukul 3.40 petang tadi di Pangkalan Jabatan Perikanan, Santubong.

Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM juga dikerahkan pada pukul 3.55 petang bagi membuat pemantauan menggunakan pesawat di udara.

Dalam pada itu, Ahsmon memaklumkan, operasi SAR hari ini ditamatkan lebih awal berikutan cuaca buruk dan akan disambung pukul 8 pagi esok.

Faktor cuaca buruk menyebabkan operasi SAR hari ini ditamatkan lebih awal kata ACP Ahsmon Bajah. Foto Faitullah Morni (TVS).

Antara agensi keselamatan yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Sarawak Coastguard (SCG). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan