Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan ketika sesi ‘Meet and Greet’ sempena mini konsert ‘A Night to Remember With Cakra Khan’ di DeTAR PUTRA, UNIMAS. Foto: Farah Diyana

Cakra Khan meriahkan program FACA FEST 2023 di UNIMAS

ByRegina Lee

KOTA SAMARAHAN, 26 Jan: Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan bakal melakukan persembahan pada Konsert Mini, A Night to Remember with Cakra Khan bersempena program FACA FEST 2023 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Penyanyi yang popular dengan lagu Mencari Cinta Sejati itu bakal menyampaikan lima buah lagu secara langsung dengan diiringi pemuzik yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar jurusan muzik di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSKG) di Dewan Arena Gemilang DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Cakra yang tiba di Sarawak semalam berkata, dia teruja apabila mengetahui konsert mini itu merupakan idea oleh pelajar universiti berkenaan.

Baca artikel berkaitan sini:

  1. 1. Cakra Khan bagi markah 9 daripada 10 untuk Laksa Sarawak
  2. 2. Muncul julung kali di Sarawak, Cakra Khan memukau penonton dengan vokal mantap

“Saya selalu berfikir dalam kalangan pelajar itu nanti, pasti ada yang akan mengikut jejak saya sebagai seorang artis.

“Oleh itu sekiranya mereka ingin bertanya soalan yang berkaitan, saya boleh memberikan motivasi kepada mereka,” katanya pada sidang media di UNIMAS petang tadi.

Sementara itu ketika ditanya siapa penyanyi tempatan yang menjadi minatnya untuk bekerjasama, anak seni berasal dari Jawa Barat itu berkata, Jaclyn Victor merupakan pilihannya.

“Saya pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan jika diberi peluang, saya mahu bekerjasama dengan Jaclyn Victor pula kerana menyukai gaya dan cara nyanyiannya,” katanya.

Sementara itu Penasihat FACA FEST 2023, Mohd. Sharizam Hamzah berkata, penampilan Cakra Khan merupakan kali pertama penyanyi itu membuat persembahan di Sarawak.

“Kehadirannya pada acara ini diuruskan sepenuhnya oleh 87 pelajar Program Pengurusan Seni dengan kerjasama dan bantuan Pengurusan Tertinggi UNIMAS dan FSGK, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak.

“Pada tahun ini, saya mencabar kumpulan pelajar untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, membawa penyanyi terkenal yang mempunyai jutaan peminat di Malaysia iaitu Cakra Khan tampil secara fizikal untuk membuat persembahan dalam satu konsert mini bersempena penganjuran FACA FEST 2023.

“Kumpulan pelajar menyahut cabaran ini dan melakukan rundingan bersama pihak pengurusan rakaman dan label Cakra Khan,” katanya.

Selain persembahan konsert mini, turut diadakan Pameran SAK’ART yang melibatkan 25 pelukis dari Kalimantan Barat, Indonesia dan Sarawak yang akan dirasmikan esok di Galeri Seni FSGK.

Antara yang dijangka hadir termasuklah Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono dan Pengurus Galeri Saradise, Luna Yeo.

Selain itu, terdapat 13 program dianjurkan bermula pada 24 hingga 31 Januari ini antaranya Kaya Race, Neon Night Run, FACA Cursed House (Rumah Hantu) di UNIMAS, Passion and Celebration dan pertunjukkan Fashion Show di Plaza Merdeka dan Summer Mall. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan