Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melawat SK Sungai Liam, Miri di sini hari ini. Foto Facebook Fadhlina Sidek.

Belanjawan 2023: 568 sekolah daif di Sarawak jadi keutamaan – Fadhlina

MIRI, 26 Jan: Usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2023, pada 24 Februari ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 455 sekolah daif dalam skala enam dan 113 sekolah daif dalam skala tujuh.

Menurutnya, skala enam dan tujuh dalam penilaian infraskruktur sekolah itu merujuk kepada keadaan bangunan yang bahaya serta tidak selamat digunakan.

“KPM akan beri tumpuan dan perhatian penuh untuk pembangunan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah ini, kita tidak meminggirkan mana-mana sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Prihatin, di sini, hari ini.

Selain itu, KPM turut mengumumkan peruntukan penyelenggaraan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam, SK Lepong Ajai, SK St. Joseph dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan