Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bersama warga kementerian pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Perladangan dan Komoditi di Putrajaya, hari ini. Foto: Pejabat TPM

Bawa keputusan PRU di mahkamah jika ada unsur korup – Fadillah

ByBernama

PUTRAJAYA, 26 Jan: Bawa dan pertikaikan keputusan pilihan raya di mahkamah jika terdapat bukti wujudnya amalan korupsi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata mahkamah adalah tempat yang paling sesuai bagi menentukan isu itu jika ada pihak yang tidak berpuas hati, terutama berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

“Jika tidak puas hati buktikan keputusan pilihan raya tersebut patut dibatalkan di mahkamah disebabkan ada amalan rasuah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini menerusi hantaran di laman Twitter mendakwa PRU-15 adalah yang paling korup dan mendakwa rasuah diberikan secara terbuka sebelum mengundi.

Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan tanpa mengemukakan sebarang bukti.

“Kita ada banyak agensi bertanggungjawab untuk mengurus perkara sedemikian dan biarlah agensi berkenaan laksana tugas dan peranan mereka. Kalau terbukti mereka boleh failkan di mahkamah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan