Search
Close this search box.
Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu kenderaan khas membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi menghadap di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan di sini hari ini. Foto Pejabat Perdana Menteri.

Anwar cadang lebih banyak penerbangan Sabah dan Sarawak dengan Brunei

ByFebbright James

BANDAR SERI BEGAWAN (BRUNEI), 25 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar lebih banyak penerbangan melibatkan laluan Sabah dan Sarawak dengan Brunei ditawarkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi.

Kata Perdana Menteri, ini kerana Sabah dan Sarawak akan menerima tempias ekonomi berikutan hasrat Brunei mahu menjadi hab utama penerbangan antarabangsa di rantau ini.

Katanya, sekiranya perkara itu dilakukan, ia akan dapat mewujudkan sektor dagangan baharu dengan Brunei.

“Oleh itu saya sarankan lebih banyak penerbangan melibatkan laluan Sarawak-Brunei dan Sabah-Brunei diwujudkan bagi melengkapkan laluan perdagangan dan pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasminya.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Sabah dan Sarawak perlu merebut peluang berikutan Bandar Seri Begawan merupakan pusat penerbangan antarabangsa yang mempunyai banyak penerbangan keluar masuk.

“Oleh itu, jika kita tambah penerbangan ke Sarawak dan Sabah, ini akan memberi peluang kepada dua-dua negara memacu pertumbuhan perdagangan dan pelancongan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan