Search
Close this search box.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Foto: Febbright James (TVS)

Kementerian Luar pantau rapat perkembangan kehilangan MV Dai Cat 06

ByFebbright James

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan: Kementerian Luar Negeri memantau rapat perkembangan usaha mengesan kedudukan kapal MV Dai Cat 06 yang hilang di perairan Natuna, Indonesia pada 10 Januari lepas.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya tidak menafikan kemungkinan kapal berkenaan dirampas, justeru kerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa Indonesia diteruskan.

“Di peringkat Kementerian Luar Negeri, kita sedang memantau perkara ini kerana difahamkan kapal tersebut keluar daripada kawasan Lumut pada 23 Disember dan dijangka tiba di Kuching pada 31 Disember tetapi didapati hilang dan tidak dapat dikesan kedudukannya.

“Daripada maklumat yang diperolehi, kali terakhir kapal ini dikesan ialah di kawasan hilang di perairan Natuna, Indonesia pada 1 Januari,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Menurutnya lagi, APMM bekerjasama dengan Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (Bakamla) untuk mengesan kedudukan kapal berkenaan.

Kapal yang membawa lima anak kapal terdiri daripada tiga warga Malaysia dan dua warga Indonesia dengan muatan batang besi bernilai RM726,205.

Kapten kapal tersebut dikenali sebagai Adi, 43, manakala jurutera kanan kapal bernama Damai Papane, 57, merupakan warga Indonesia.

Tiga anak kapal warga Malaysia iaitu Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24, Mohammad Sudeh Sudin, 20, dan Derrent Littor, 22.

Laporan kehilangan kapal tersebut dibuat oleh ejen kapal pada 9 Januari lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan