Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang suri rumah di Sibu membuat laporan polis selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam. Foto: Bernama

Suri rumah di Sibu rugi RM80 ribu ditipu Macau Scam

SIBU, 23 Jan: Seorang suri rumah di sini kerugian RM80,000 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia 49 tahun itu memberitahu dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali pada 24 November tahun lepas.

Katanya, pemanggil itu telah mendakwa telefon pengadu telah dikesan terlibat dengan kes jenayah dan siasatan sedang dijalankan.

“Suspek meminta pengadu untuk membuka akaun baharu dan memindahkan kesemua wang simpanannya ke dalam akaun tersebut untuk tujuan siasatan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM80,000 ke dalam akaun baharu tersebut dan dijanjikan wang itu akan dikembalikan selepas siasatan selesai.

“Walau bagaimanapun, pengadu terpaksa memaklumkan kepada suaminya mengenai perkara itu selepas menunggu selama dua bulan dan wang tidak dikembalikan,” jelasnya.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat semalam.

Menurut Zulkipli kesemua wang tersebut merupakan wang simpanan pengadu dan hasil pemberian suaminya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan