Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama isterinya, Datin Sri Kong Shui Lin bersama para pengunjung majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Miri, hari ini. Foto: TVS

Kemasukan pelawat ke Sarawak dijangka bertambah – Lee Kim Shin

MIRI, 23 Jan: Sarawak dijangka mencatatkan peningkatan jumlah kemasukan pelawat susulan pertambahan penerbangan dan pembukaan sempadan Brunei dan Sarawak.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata terdapat 71 penerbangan ke Sarawak sempena perayaan Tahun Baru Cina sehingga hujung Januari ini.

Menurutnya, penambahan penerbangan termasuk dari Kuala Lumpur, Johor, Kota Kinabalu, Brunei ke Miri. 

“Ini juga menunjukkan bahawa ekonomi kita akan pulih pada tahun ini. Nampaknya aktiviti ekonomi juga bertambah aktif,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Dato Permaisuri di sini, hari ini.

Katanya lagi, syarikat penerbangan baharu, MYAirlines juga akan menambah penerbangan ke Kuching, Sibu dan Miri.

Pada masa sama, beliau memberitahu bilangan pelawat dari Brunei yang masuk melalui Sungai Tujuh menunjukkan pertambahan dengan purata 2,000 kereta sehari pada hari biasa, manakala 3,000 kereta pada hujung minggu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan