Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gillian Lim mengambil peluang cuti Tahun Baharu Cina untuk meraikan kejayaan pada Kejohanan Asia di Hong Kong, minggu lepas. Foto Gillian Lim dan Boling Malaysia.

Gillian raikan kejayaan Kejohanan Asia di Miri sempena Tahun Baharu Cina

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 23 Jan: Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan semalam memberi makna tersendiri kepada pemain boling negara, Gillian Lim.

Ini kerana selepas setahun tidak dapat bersama keluarganya di Miri, Sarawak, atlet berusia 23 tahun ini menikmati saat itu semalam.

Lebih bermakna, Gillian berkata, dia juga mengambil peluang untuk meraikan kejayaannya pada Kejohanan Boling Asia di Hong Kong, minggu lalu.

“Ini sudah pasti menjadi antara sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak dapat dilupakan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Pada kejohanan itu, Gillian yang bergandingan dengan Nora Lyana Nastasia dan Puteri Nurul Dini menerusi acara trio berjaya memenangi pingat perak untuk pasukan negara.

Pasukan negara turut muncul naib juara keseluruhan apabila meraih empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.

Sementara itu, Gillian yang meraih emas acara berpasukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lepas untuk Sarawak berkata, dia tidak bercuti panjang kali ini.

“Saya akan pulang ke Kuala Lumpur dan menyambung latihan sebagai persiapan untuk menghadapi beberapa kejohanan akan datang,” katanya.

Tahun ini pasukan negara dijadual akan menyertai dua kejohanan utama iaitu Kejohanan IBF Dunia di Kuwait pada Oktober dan Kejohanan Dalam Dewan Asia pada bulan berikutnya di Bangkok, Thailand.

Ditanya mengenai peluangnya untuk terpilih, Gillian berkata, dia menyerahkan kepada barisan kejurulatihan.

“Apa yang pasti, jika diberi tanggungjawab mewakili negara, saya akan melakukan yang terbaik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan