Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Waspada kebimbangan COVID-19 semasa Tahun Baharu Cina – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 22 Jan: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menasihatkan rakyat Sarawak agar terus berwaspada pada sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

Sambil mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, Premier Sarawak itu mahu masyarakat di sini supaya menjaga kesihatan diri berikutan masih wujud ancaman COVID-19.

Abang Johari juga berharap agar rakyat Sarawak menikmati saat gembira ini di samping keluarga dan rakan-rakan sempena meraikan Tahun Arnab mengikut kepercayaan kaum Tionghua.

“Kita berasa bersyukur kerana keadaan hampir pulih selepas mengharungi pandemik COVID-19 selama lebih dua tahun.

“Namun, kita harus sentiasa berjaga-jaga kerana jangkitan masih berlaku dengan kemunculan varian-varian baharu seperti yang dilaporkan kebelakangan ini di tempat-tempat lain,” kata beliau menerusi perutusan Tahun Baharu Cina 2023.

Sementara itu, Abang Johari turut menggalakkan rakyat Sarawak supaya terus mengamalkan amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan bagi memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Bagi masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak, sudah menjadi kebiasaan apabila perayaan seperti Tahun Baru Cina ini dikongsi kegembiraannya dengan kaum-kaum lain.

“Sama juga seperti pada hari raya, Gawai Dayak atau Krismas yang dimeriahkan dengan amalan kunjung-mengunjung.

“Saya berdoa agar suasana keharmonian pada Tahun Arnab akan terus memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Bumi Kenyalang ini,” ujar Abang Johari lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan