Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto: Amirah Shawel (TVS)

Sarawak sedia beri kerjasama dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak – Fatimah Abdullah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Jan: Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) sedia berkongsi pandangan sekiranya dipelawa bekerjasama dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah mesra bersama golongan rentan meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS). Foto: Amirah Shawel (TVS)

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penubuhan suruhanjaya itu adalah selaras dengan aspirasi kementerian beliau yang giat memastikan kebajikan kanak-kanak terus terjamin.

“Sekiranya diminta untuk bersama dalam aspek penubuhan suruhanjaya itu tentu sekali kami akan menerima jemputan”.

“Kami di Sarawak akan menyokong penubuhannya yang boleh membantu kanak-kanak menikmati pendidikan, kesihatan dan terus mendapat perlindungan. Kebajikan mereka juga akan terus terjaga,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah mesra bersama golongan rentan meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS). Foto: Amirah Shawel (TVS)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Pembangunan Sosial di Pusat Sokongan Sosial Komuniti Kuching.

Menurut Fatimah, KPWK memiliki input yang relevan dan boleh diguna pakai untuk dikongsikan dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak khususnya dalam konteks keadaan di Sarawak.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak bagi memelihara mereka daripada eksploitasi, jenayah seksual, penganiayaan dan pencabulan hak asasi.

Kata beliau, suruhanjaya itu merupakan sebuah badan berkanun bebas yang akan melindungi dan memelihara kanak-kanak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan