Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan Kerja Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke Daerah Gedong hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak kenal pasti tapak untuk kaji padi Biris

ByOdleen Catherny

GEDONG, 21 Jan: Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti tapak untuk membangunkan makmal lapangan berkeluasan sekitar 30 ekar di Lubok Punggor di sini sebagai pusat bagi Universiti Pertanian Malaysia (UPM) melaksanakan kajian ke atas padi Biris.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri telah mendapatkan kerjasama daripada pemilik tanah tersebut dan makmal yang akan dibangunkan bakal dilengkapi dengan teknologi baharu.

“Kita mesti cuba tambah nilai dari sudut hiliran beras Biris. Sebagai contoh kita boleh mengeluarkan produk-produk seperti tepung beras kerana ia boleh digunakan untuk membuat biskut yang ada wangian daripada beras biris. Ini adalah teknologi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Gedong, di sini, hari ini.

Menurut beliau sekiranya inisiatif membangunkan padi berkenaan berjaya, maka kerajaan akan memperluaskan kemudahan seterusnya di kawasan penghasilan padi lain seperti Sri Aman.

“Apa yang kita buat adalah sekiranya ini berjaya, ia akan diperluaskan. Saya sudah nampak hasil kajian di makmal kampus utama dan ada kejayaan,” jelasnya lagi.

Terdahulu lawatan kerja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong itu meliputi lawatan kerja ke tapak projek di Jalan Lubok Teranggas ke Kampung Gedong dan tapak projek Mini Isthmus Gedong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan