Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Victor mengetuai yang lain menyempurnakan upacara mengaul 'Yee Sang' sebagai simbolik menanda kemakmuran sepanjang tahun. Foto: IPD Lubok Antu

Polis perhebat kawalan keselamatan sempadan Lubok Antu-Badau

LUBOK ANTU, 21 Jan: Polis memperhebatkan kawalan keselamatan sempadan di sini ekoran kedudukan Daerah Lubok Antu hampir dengan sempadan negara jiran, Badau, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan (DSP) Victor Ripon berkata, pelan tindakan bagi melaksanakan aktiviti mencegah jenayah sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina di sini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sri Aman.

“Dalam kontek keselamatan, program ini sangat penting dan kita akan terus mengadakan koloboratif eperti ini setiap tahun bagi menutup ruang dan peluang para penjenayah,” katanya ketika berucap pada Program ‘Outreach Comunity Policing’ bersempena Tahun Baharu Cina di Dewan Besar Ibu Pejabat Polis (IPD) Lubok Antu pada Jumaat.

Selain itu, katanya program tersebut memudahkan pihak polis untuk mendekati penduduk setempat yang juga bertujuan untuk menyampaikan dasar serta objektif utama pasukan IPD Lubok Antu.

“Adalah menjadi tanggungjawab pihak PDRM Lubok Antu untuk sentiasa memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat setempat”.

“Program ini juga dapat membantu pihak pasukan keselamatan sama ada dari segi menyalurkan maklumat dan juga bekerjasama untuk memastikan negara kita ini tidak dibolosi” jelasnya.

Hadir sama Pegawai JPNIN Bahagian Sri Aman, Ahmad Noor Kamal Abdul Malik dan Ketua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubok Antu, Tay Cho Ming. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan