Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jualan buah limau Mandarin di pasar raya sempena sambutan Tahun Baru Cina. Foto: TVS

Harga naik, buah limau Mandarin tetap laris

KUCHING, 21 Jan: Berbaki beberapa jam sahaja lagi sambutan Tahun Baharu Cina menjengah, masyarakat Cina kelihatan sibuk membuat persiapan akhir termasuk membeli buah limau Mandarin yang sinonim sebagai hidangan tradisi utama.

Tinjauan TVS di beberapa pasar raya di sini mendapati rata-rata peniaga memberi reaksi positif terhadap sambutan jualan buah limau sejak ia mula dipasarkan beberapa  minggu lalu.

Menurut seorang penyelia di sebuah pasar raya, Ching Chiew Ching, kali ini buah limau dinaikkan harga namun situasi berkenaan tidak menghalang para pembeli untuk membelinya malahan ia telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan hingga ke hari ini.

“Semakin dekat perayaan, semakin ramai pelanggan yang datang. Buah limau Mandarin hampir habis dijual di sini. Buah limau ini dinaikkan harga berbanding beberapa tahun lepas tetapi masih mendapat sambutan. Dahulu harganya sekitar RM20 hingga RM30 tetapi sekarang mencecah RM40 hingga RM60. Ada limau jenis pokam, shantang, lokam dan santau. Sekarang, tinggal sedikit sahaja stok limau,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Situasi serupa diluahkan oleh seorang lagi penyelia buah di sebuah pasar raya, Adelin Eemarak yang memberitahu setakat ini jualan buah limau amat menggalakkan sehingga habis dijual dalam masa tiga hari bagi kuantiti sebanyak 150 karton.

“Setakat ini, buah limau sangat laris kerana apabila stok 150 karton dihantar, ia habis terjual dalam tempoh masa tersebut. Kebanyakan yang dihantar saiz M iaitu sebanyak empat kilogram (kg) adalah 150 karton manakala saiz L sebanyak lapan kg iaitu sekitar 50 karton. Jenis limau yang laris akan dihantar lebih banyak dalam 700 kotak lagi,” katanya.

Sementara itu, bagi salah seorang pembeli yang ditemui, Teo Pick Lee berkata selain membeli buah limau sebagai persiapan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, bagi beliau keutamaan yang lain seperti amalan kebersihan wajib dipraktikkan.

“Kebiasaannya, persiapan masyarakat Cina menyambut Tahun Baharu Cina adalah dengan membersihkan rumah terlebih dahulu dan membeli barang kegunaan harian yang baharu seperti pinggan mangkuk”.

Semuanya dibasuh dengan bersih termasuk dengan cara penyediaan makanan. Saya berharap semua orang akan sihat dan tiada penularan wabak Covid-19 ketika meraikan sambutan ini,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan