Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak panah menuju tempat kejadian semasa mangsa terjatuh ketika mengemudikan perahu. Foto: BBP Kapit.

Tuai rumah dikhuatiri lemas di Nanga Belawai, Kapit

KAPIT, 20 Jan: Seorang lelaki warga emas yang juga seorang tuai rumah dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari perahu ketika sedang menyeberangi sungai di Nanga Belawai, Batang Rajang.

Kehilangan mangsa, Lugom Bengang, 73, disedari penduduk kampung selepas perahu yang dikemudinya tiba-tiba berpusing ketika sampai di muara Nanga Belawai dalam keadaan enjin perahu masih hidup pada jam 7.55 malam pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Timoty Barat berkata, beberapa orang saksi memberitahu mangsa tidak kelihatan lagi dipercayai terjatuh di dalam sungai ketika perahu berada muara Nanga Belawai.

Menurut Timoty, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.40 malam tadi seterusnya tiga anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kami difahamkan lokasi sebenar mangsa dikhuatiri hilang ialah di muara Sungai Belawai iaitu di seberang Batang Rajang yang hanya boleh diakses menggunakan perahu,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Bagaimanapun katanya, operasi pencarian tidak dapat dijalankan malam tadi atas faktor keselamatan kerana keadaan gelap dan cuaca hujan.

“Pihak kami hanya membuat size-up dan menemui keluarganya bagi mendapatkan maklumat serta butiran mangsa,” ujarnya.

Timoty berkata, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dimulakan pada jam 8.30 pagi tadi melibatkan pasukan Polis IPD Kapit, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),dan kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Difahamkansemasa kejadian cuaca hujan lebat serta kilat.

Namun setakat jam 2 petang tadi, mangsa masih belum dijumpai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan