Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Senaraikan pelancongan sebagai kuasa autonomi negeri – Wan Junaidi

ByAkma Salleh

KUCHING, 20 Jan: Kuasa autonomi pelancongan perlu disenaraikan sebagai antara perkara Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu mendedahkan perkara tersebut telah dipersetujui sebelum ini.

“Saya bersetuju untuk pelancongan diletakkan bersama dengan perkara lain di bawah MA63.”

“Ini termasuklah juga untuk alam sekitar, kerana apabila dua perkara ini disenaraikan di dalam Perjanjian Malaysia 1963, kerajaan pusat dan negeri boleh mengawal selia dan melaksanakan undang-undang sendiri,” katanya sambil menekankan kuasa autonomi pelancongan sebenarnya telah dipersetujui, dan hanya menunggu untuk dipinda di peringkat Parlimen.

Baca artikel berkaitan > > > Autonomi pendidikan: Sarawak mampu kuasai jurusan tenaga boleh diperbaharui

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Dialog TVS – Lawatan PM: Selesai Perkara Tertunggak MA63, di studio TVS pada Jumaat.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kerajaan Persekutuan secara dasar telah bersetuju mengembalikan hak autonomi dalam pendidikan, kesihatan dan alam sekitar kepada Sarawak.

Persetujuan itu katanya, akan mengukuhkan lagi hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan